Isnin, April 13, 2009

Bancian tindakan

1) Satu kaedah yang paling berfakta dan berfokus dalam melakukan tindakan berasaskan kajian, adalah dengan memulakan suatu bancian. Soalan dirangka khusus untuk memenuhi aspirasi suatu sasaran, dalam memahami kecenderungan sampel yang dikaji. Tahap ketepatan mungkin boleh dipertikaikan; maka, harus diletakkan suatu standard tertentu seperti peratusan sampel, jenis soalan, soalan tertutup, kerahsiaan identiti sampel dan ketelusan dalam menjalankan analisis.

2) Soalnya adalah tindakan selepas itu. Segala analisis akan diperlihatkan dalam bentuk tindakan. Namun, sekali lagi, ia amat bergantung kepada fungsi utama kajian bancian tersebut diadakan. Harus jelas, fungsi suatu bancian adalah untuk melihat kecenderungan sampel. Kuasa untuk melakukan tindakan pula bergantung kepada kuasa kapasiti yang ada. Kalau ada, teruskan lah bertindak; kalau tidak ada, salurkanlah kepada yang punya kuasa bertindak.

3) Mereka berkata, adalah mustahil untuk mendapatkan persetujuan kesemua orang dalam melakukan satu-satu tindakan. Kisah klasik seorang anak kecil, bapa tua dan keldai yang punya prinsip tentang membuat keputusan, akhirnya akan membawa kesimpulan, kepada tidak perlu terlalu mendengar kata semua orang kerana akhirnya, masing-masing ada pandangan masing-masing. Sekonyong-konyongnya, pemimpin harus membuat keputusan yang secara majoritinya dipersetujui ramai. Harus diletakkan satu nota; bahawa bukan semua yang majoriti adalah yang benar!

4) Culaan telah dilakukan. Analisis telah diperolehi. Bertawakkallah; dan yakin bahawa segala yang baik, tidak datang bergolek. Tiada jaya tanpa usaha. Orang kata, kalau kita bukan sebahagian daripada penyelesaian, maka kita adalah sebahagian daripada masalah. (If we're not part of solutions, then we're part of problems). Doakanlah semoga perjalanan kita dalam rahmat dan petunjuk Illahi.






Tiada ulasan: