Selasa, April 14, 2009

Kem Smart Insan 2009 SKKB



Tanggal 11-12 April 2009, bersamaan hari Sabtu dan Ahad, bertempat di Sekolah Kebangsaan Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Di sini, bermulanya penjelajahan Unit Syabab Nurul Iman, sayap remaja PEPIAS di daerah kuala Langat, ditemani ABIM Kuala Langat, sebagai mentor menjalankan kerja dakwah pendidikan secara berjemaah. Setelah berpenat lelah menjalani latihan PMG, PEBIS, dan LAKEP, para aktivis muda ini akhirnya berjaya menjalankan projek pertama mereka bersama masyarakat di kampung Kebun Baru ini.

Para fasilitator dan penggerak program seramai 38 orang, sebahagian dari PEPIAS Bangi(KUIS), rakan-rakan syabab SAMTAR, UIAM (PJ), Madrasah Mujahidin, dan tenaga utama dari unit Syabab Nurul Iman sendiri. ABIM Kuala Langat, melalui wakilnya, saudara Radin Muhd Imaduddin bertindak sebagai Trainer, dan secara langsung, mentor kepada penggiat remaja ini. Saudara Hafiz (KUIS) bertindak sebagai Ketua Fasilitator dan Saudara Azmir (Syabab) sebagai Pengarah Program. Saudara Zulhelmi (Presiden PEPIAS) turut sama hadir sebagai pemerhati Pusat. Seramai 244 orang peserta program, murid tahun 6 menyertai Kem Smart Insan ini, dengan pecahan 11 kumpulan lelaki dan 11 kumpulan perempuan.

Program ini menjadi suatu ujian kepada penggerak remaja Syabab dalam menguruskan program sepenuhnya; dari menulis kertas kerja, sehinggalah akhir acara perasmian penutupan daripada NYDP PIBG SKKB, Ustaz Adni. Program ini, pada awalnya berfokuskan kepada Modul Smart Solat, namun, setelah perbincangan dilakukan dan memberi pertimbangan kepada keperluan sekolah, modul diubahsuai kepada SMART insan.

Lantas, modul dirangka semula dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam menjadi anak soleh, di samping membimbing adik-adik peserta menjalani kehidupan yang kemas (smart) dalam menjuruskan aktiviti dan sasaran kepada kejayaan. SMART adalah akronim kepada:-

S-Solat
M-motivasi
A-Akhlak / Adab / Aturan
R-Rakan sebaya
T-Tekun / Bersungguh-sungguh

Secara keseluruhan, program ini dapat menonjolkan kekuatan penggerak, baik sebagai fasi, dan juga komiti, dan serba-sedikit kelemahan yang boleh diperbaiki dari masa ke masa. Secara tidak langsung, unit Syabab juga telah mempromosikan diri mereka kepada masyarakat umum di sekitar mereka. Yang lebih penting, kesan menyampaikan perkara kebaikan adalah untuk membangunkan diri sendiri untuk menjadi insan yang soleh kepada Penciptanya, dan seterusnya menjadi khalifah kecil di atas muka bumi ini.

Prinsip Menyeru kepada Ma'ruf, dan mencegah kepada Munkar sentiasa menjadi alas untuk terus berkhidmat dalam masyarakat. Mana mungkin melihat kesan perubahan sikap kepada peserta dalam program yang hanya 2 Hari 1 malam menjadi kayu pengukur kejayaan program. Kita hanya merancang, dan berusaha bersungguh-sungguh, selebihnya, kita serahkan kembali kepada Allah yang Esa untuk memberi hidayah kepada hambaNya. Hanya Allah sahaja yang mampu mengubah apa yang diciptaNya.

Selanjutnya, adalah proses muhasabah dan meneruskan Islah dalam diri dan masyarakat. Unit Syabab akan terus membantu ABIM Kuala Langat, melalui PEPIAS dengan izin Allah taala.
Sama-samalah kita berdoa semoga dengan Asbab mengikuti program latihan sebegini, akan menjadikan diri lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini.


Ya, Penjelajahan kita baru sahaja bermula...





4 ulasan:

..::aNA sOFieyah::.. berkata...

aalhamdulillah..
sngt2 berpuas hati coz syabab dpt selesaikan kem smart insan ni..
namun,segala kelemahan kami harap dpt ditegur..terima kasih juga kpd semua yg telah membantu kami dlm menjayakan program pertama SYABAB.
doakan perjuangan kami ini dpt terus dikekalkan bersama2 para SYABAB.

@pe@ce berkata...

InsyaAllah..... Tahniah abg coz ada anak buah macam diorang ni.. diorang mempunyai semangat yang tinggi...saya suka sangat tgk cara mereka bekerja dalam menjayakan progam yang lepas... Saya rasa mereka ni memang mampu buat yang terbaik lagi slpas ini...

iena berkata...

terima kasih semua atas sokongan,dorongan n bantuan yg diberikan.. Perjalanan sudah bermula..
[:

anuar@kapar berkata...

Assalamualaikum. Teruskan Perjuangan.. Moga diberi Kekuatan dalam perjuangan.. :)