Kenyataan Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) - 29 April 2009 / 4 Jamadilawal 1430
Kami pertubuhan-pertubuhan NGO Islam yang bergabung di bawah PEMBELA menyeru seluruh lapisan rakyat Malaysia agar bertenang dalam menghadapi kemelut berkenaan dengan isu agama yang tercetus kembali baru-baru ini susulan kes Muhammad Ridzuan Abdullah dan Indira Ghandi.Seruan ini berasaskan pada kebimbangan kami bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini. Perbicaraan ini masih dijalankan, baik di Mahkamah Syariah mahupun Sivil. Justeru, PEMBELA berpandangan proses undang-undang perlu dibiarkan berjalan tanpa tekanan dari mana-mana pihak.
Kami ingin merayu semua pihak yang berkenaan dan pihak yang mempunyai kepentingan supaya jangan mengambil kesempatan dan memperalatkan perbezaan yang timbul di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.
Sehingga keharmonian undang-undang dapat dipersetujui, PEMBELA meminta semua pihak menghormati undang-undang syariah dan undang-undang sivil. PEMBELA tetap mematuhi ajaran Islam dan akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab membela hak-hak orang Islam dan masyarakat Malaysia secara umumnya secara adil dan saksama.
PEMBELA sedang menjalankan kajian mendalam berkaitan konflik undang-undang syariah dan sivil dan bersedia mencari penyelesaian dengan mana-mana pihak. Dalam menangani sebarang konflik membabitkan perundangan syariah dan sivil, PEMBELA menyarankan satu penyelesaian jangka panjang harus diusahakan agar ia mampu membawa kebaikan kepada semua pihak terbabit. Sebarang perbezaan pendapat harus disalurkan menerusi proses perbincangan ilmiah membabitkan pelbagai pihak agar semua perbezaan ini dapat diselesaikan serta tidak menjejaskan kestabilan Negara.
Kami juga menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan keharmonian Malaysia dapat ditingkatkan atas semangat persefahaman, muhibbah dan setiakawan di antara semua kaum.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
PRESS Interview:-
(Malaysian Insider)
“We totally disagree because of the way they made the statement. Unless there are amendments to the constitution then the statement made is not law. “However, they have made it seem that when a minister says something then it is law, This is one of the issues which can bring doubts to some parties,” said Muslim Youth Movement of Malaysia’s president Yusri Mohamad.
He told reporters that the decision made goes against Islamic laws and the constitution. “In article 12 section 4 in the constitution, the faith of a child who is not yet an adult is determined by the parents. The courts has interpreted that the parents has the right to decide regardless if they are the husband or wife,” Yusri added.
“We should address it professionally with a cool head and objectively. We have procedures and processes in place. I would like to highlight that there has been a high level discussion organized by the attorney general”.
"The government had asked the attorney general to hold a series of discussion with religious experts and NGOs. I would like to ask what has happened to those discussions? Why did the cabinet suddenly make a decision which actually is hard to accept by everybody. What was recommended by the cabinet is not sustainable,” he argued.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-
1) Membuat keputusan yang melibatkan akidah; mana bisa dibuat sesuka hati, lebih-lebih lagi. Mana kehormatan kepada proses undang-undang, akta, dan lebih penting, syariah.
2) Ini akibat, tidak rujuk kepada ulamak, majlis mufti, dan perbincangan yang tuntas. Ikut suka hati; atau kata lain, ikut populariti. atau pun ikut mana boleh dapat undi. Sila baca ulasan Dr M.Asri.(Klik)
3) Ibarat kata Saudara Presiden ABIM, Yusri Mohamad, isu ini harus dilihat dengan rasional, akal yang segar, dan secara objektif. Bukan main langgar semua undang-undang., dan prosedur. Ironinya, telah ada persidangan mengenai isu agama ini diperdebat dan diperhalusi oleh jentera kerajaan juga. Keputusan ini memang pelik dan luar dari kebiasaan!
4) Bagaimana agaknya dakwah dapat dilaksanakan dalam keadaan begini, ye? (Harus jelas, dakwah bukan setakat solat, puasa, zakat, haji sahaja!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan