Sinopsis
Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring berharga RM2 juta. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka.
Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut.
Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.
Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello. Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskandar, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskandar yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.
Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua?
Tunggu 6 Ogos, 2009 (jangkaan)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-
1) Perkembangan filem tanah air; pasti akan digegarkan lagi dengan filem baru ini.
2) Penangan dan sentuhan 'harus tonton':-) Khabir Batia (Cinta, Sepi, ) - Pengarah / sutradara kelahiran Mumbai, India, yang kini serasi menetap dan berkarya di Malaysia
Lain-lain pelakon: Afdlin Shauki, Bront Palarae, Que Haidar, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Adlin Aman Ramli, Stephen Rahman, dan lain-lain
3) Hebat sangat? ntah la... dari Promo video, macam berbisa! Dari sinopsis, idea macam 'Baik Punya Cilok' (Afdlin);
4) Kabir Bhatia biasa meletakkan mesej keharmonian dan cinta yang sangat jelas sebagai mesej dalam karyanya. Dikatakan, filem ini juga bakal menyelitkan mesej yang cukup penting dan sangat berharga untuk direnung dan difikirkan bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan