Rabu, Oktober 29, 2008

Masih belajar

Beberapa hari ini, saya fokus untuk mendalami dunia blogging dengan belajar tentang menguruskan domain, dan hosting. Agak susah tanpa ilmu asas... dan tanpa tangible guru. Belajar semata-mata menggunakan online resources. Hasilnya, saya ada mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli domain fikrahimayu.com; tapi, sampai sekarang, masih gagal untuk transfer ke domain tersebut. Saya menggunakan cynetstudio.com sebagai pembekal domain. Masalah lagi....

Kemudian,saya meneruskan pelayaran ke alam cyber ini dengan me'upload'kan seberapa banyak gambar dari komputer di rumah Cheras. BAnyak juga gambar-gambar kenangan lama semasa di Maktab dulu, masih ada dan menarik untuk di postingkan nanti. Kalau malas nak tulis cerita, tampal jer gambarnya... lagi senang...

Jadi, untuk posting terbaru, dalam bulan / minggu ini, saya akan banyak berikan komen dan pandangan tentang segala berita dan artikel yang dibaca yang dijumpai dalam internet. Maafkan saya di atas pengkaedahan dan pendekatan ini... Anggap sahaja ini sebagai suatu percubaan saya untuk menarik ANDA membaca apa yang saya fikirkan; fikrah saya..

Artikel sendiri... hmmm... dari masa ke masa....
Apa yang penting, teruskan blogging...

Jumpa lagi

2 ulasan:

Khai2020 berkata...

Semoga kita dapat berkonsi ilmu. Dh dpt domain ajar aku lak

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Saya masuk blog cikgu melalui blog cikgu wahab yang kerap saya kunjungi. Saya terperasan nama raden yang ada memberi komen di blog saya atas isu pendidikan. T/Kasih. Walaupun cikgu katakan masih belajar tetapi blog cikgu cukup menarik; kandungan mahupun hiasan.Tahniah. Saya pun terlalu baru sebagai blogger dan blog saya agak teruk tetapi saya setuju dengan cikgu, janji terus blogging !