1) Hampir 3 minggu, saya berhenti berehat seketika dari arena penulisan... Sibuk dengan urusan keluarga dan memang mengambil kesempatan membaca-baca akhbar bentuk kertas (konvensional) yang telah lama ditinggalkan, selain dari masalah internet yang tidak dapat diakses di kampung.
2) Hmmm... tangan sudah menggeletar... Otak berputar ligat ingin mencurahkan segala isi akal dan hati yang semakin melimpah keluar sekiranya tidak ditulis... Bimbang akan hilang dan membazir percambahan fikiran setiap hari.
3) Hari-hari kita akan bercakap... Bercakap kosong? atau bercakap dengan isi? Kalau cakap kosong, elok dibiarkan sahaja menjadi lipatan sejarah. Kalau dihitung, dalam sehari, berapa kali kita cakap kosong? Berapa pula banyaknya masa dibuang begitu sahaja? Seolah-olah, masa 24jam, tidak digunakan dengan sebaiknya.
4) Kalau cakap kita berisi, apa pula buktinya? apa isinya? betul kah isinya? matangkah isinya? kalau tidak direkodkan, dan dimuhasabahkan, atau dibincangkan lagi secara mendalam, juga akan jadi cakap-cakap kosong. Kata orang, No Action Talk Only (NATO)
5) Kerana itu, saya menulis. Paling kurang, ini apa yang saya mampu lakukan; Mencambah idea dan buah fikiran untuk tatapan dunia. Kalau tak hari ini, mungkin esok akan ada yang membacanya. Mungkin juga lagi 3 tahun akan ada orang membacanya. Kalau ada komen, bermakna akan ada percambahan fikiran dan akan ada yang membetulkan. Apatah lagi, kalau idea tersebut digunakan orang lain untuk membuat kebaikan.
6) Takkan selamanya kita berada dalam selemah-lemah Iman. Maknanya, kalau tidak setuju dengan sesuatu kemungkaran atau perkara yang melibatkan kemaslahatan ummat, marahnya dengan hati sahaja. Bila nak tingkatkan?
7) Lihat dunia dari mata burung; bukan dari bawah tempurung. Ini rangkap lagu yang popular suatu tika dulu. Maknanya, semakin tinggi kita luaskan percambahan pemikiran kita, semakin tinggi pengalaman dan tahap pemahaman kita tentang sesuatu perkara. Akhirnya, anda, saya akan ada banyak perkara untuk dikongsikan bersama dunia! KAta-kata seperti "tak tau laa nak tulis apa.." adalah tidak relevan sama sekali...
Kembali menulis.. dan teruskan memberi sumbangan...
Semoga Allah taala memberikan kita sesuatu yang baik atas apa yang kita sumbangkan... InsyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan