Isnin, Ogos 24, 2009

15Malaysia



1) Ingat lagi Namewee? Beliau telah mencetuskan kegawatan satu masa dahulu apabila mengubahsuai lagu Negaraku menjadi lagu Negarakuku. Kali ini, 'Potong Saga' adalah buah tangan terbaru beliau, dan dihasilkan bersama untuk projek 15Malaysia.com; satu projek filem pendek yang pada pendapat saya, satu projek yang sangat dekat dengan masyarakat Malaysia. Klik saja pada 15Malaysia.com; dan ikuti satu-persatu filem pendek yang dihasilkan. It just brilliant! This is what our movies industry need so much!


2) Kepelbagaian dalam negara memberikan impak yang unik kepada setiap individu dalam negara ini. Tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun. Pendedahan sedia ada yang sepatutnya diperlukan dalam negara tidak memungkinkan pelaksanaan semangat perpaduan 1Malaysia yang utuh dalam negara. Setiap media berperanan menonjolkan kisah semua bangsa dan agama secara adil dan terbuka. Bukan memilih kelompok yang berkepentingan tertentu semata-mata, dan seterusnya menyembunyikan perkara sebenar kelompok yang tiada kepentingan.

3) Pemimpin pula, cakapnya lain dari apa yang dikerjakan. Juga apabila pengikutnya mengikut tanpa mengira dan berfikir adakah yang dicakap itu, sealiran dan selari dengan apa yang dikerjakan. Kalaulah yang mengikut dan menyokong itu mendapat laba dan keuntungan, mungkin ada juga rasionalnya. Malangnya, yang menyokong juga tidak mendapat apa-apa, malah menjadi mangsa kepada pemimpin yang disokongnya pula! Dan lebih dasyat, disokong lagi pemimpin tersebut selepas itu. Kalau setakat sekali-dua, mungkin masih meletak harapan kepada pemimpin tersebut, namun, kalau lebih setengah abad, apa pula maknanya?

4) Persepsi masyarakat harus diperbetulkan. Generasi baru harus bergerak ke depan. Kisah hari ini adalah kesan kepimpinan 20-30 tahun dahulu. Harus jelas, tidak semuanya salah, namun ada banyak lagi yang salah. Maka, fikir-fikirkan bersama, tindakan apa yang rasional, bertanggung-jawab dan memacu negara untuk 100 tahun lagi akan datang sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan menegakkan syariah Allah di atas muka bumi.




5) Jadikan iktibar dan pengajaran tentang kisah tazkirah 'pokok' seperti filem di atas. Kenyataannya ringkas, namun, di sebalik hadis yang ringkas itu, paling penting untuk dengar dan tonton sehingga akhir.

***HARUS TONTON




Tiada ulasan: