Sabtu, Ogos 15, 2009

pemikiran psikotik

1) Ujian Inkblot (yang juga dipanggil ujian "Roschach") adalah satu bentuk evaluasi psikologi. Ahli dan pakar psikologi menggunakan kaedah ini untuk menilai karakter individu dan fungsi emosi pesakit mereka.

2) Ink blot atau 'titik dakwat'; ia dinamakan demikian kerana pesakit akan diuji "apa yang dilihat?" apabila diberikan bentuk tertentu yang dihasilkan daripada dakwat. BOleh cuba sendiri. Titiskan dakwat / watercolor (warna air) di atas kertas. Lipatkan dan ratakan menggunakan jari. Buka lipatan, dan akan kelihatan bentuk yang simetri- rupa seakan-akan rama-rama.

3) Ujian ini selalunya dilakukan untuk diagnos masalah minda separa sedar dan membezakan pesakit mempunyai masalah pemikiran 'psyco' atau tidak; mungkin pesakit tidak menerima bahawa mereka mempunyai masalah "psychotic thinking".

Siapa yang mengaku ada masalah pemikiran psyco? Kata lain bagi masalah ini adalah 'unwanted thought'(fikiran yang tidak dikehendaki)

Dan, ada siapa yang mengaku gila?

Mari menguji pemikiran anda!(klik)

Ada berani?

(untuk rekod:- penulis tidak bertanggungjawab dengan ketepatan ujian ini. Mungkin benar, mungkin jauh sekali. Entahla)

Tiada ulasan: