Fikrah:-
1) Apabila suatu dasar diubah, kesannya adalah sangat luarbiasa lamanya. Berapa generasi akan terkesan? Kerana itu, suatu tindakan bersifat akademik harus dilalui proses yang juga akademik, dan tidak sesekali mengikut kata hati dan andaian semata-mata. Apabila suatu dasar yang tiada kajian akademik dilaksanakan secara tergesa-gesa, untuk menghentikan dasar tersebut, juga tetap tidak boleh secara tergesa-gesa.
2) Namun, jika tidak disegerakan, dibimbangi yang salah, akan dilihat benar; terutama apabila pelaksanaannya mencecah lebih dari 10 tahun. Setiap pelaksanaan akan dicatat dalam sejarah perkembangan negara. Cuma, tidak pasti, benarkah langkah perkembangan atau penguncupan! Bukankah pelajaran sejarah untuk belajar dari kesilapan lalu dan tahu ke mana arah tuju masa depan? Adakah kita tidak pernah punyai sejarah pembelajaran dalam B.Inggeris?
3) Hakikatnya, sekiranya kerajaan benar-benar berkomitmen, insaf dan telah punya data kajian yang mencukupi, mengapa harus menunggu sehingga 2012 untuk mulakan proses 'softlanding' ? Berdasarkan jadual di atas, proses 'soft landing' boleh dimulakan seawalnya tahun 2010! Ini seolah-olah sekadar mahu meredakan kemarahan orang ramai. Dengan kata lain, ini adalah tindakan halus untuk membodohkan pejuang bahasa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan