Rabu, September 03, 2008

Guru kelas yang baik

Bersikap proaktif, mengenali dan memahami masalah pelajar, serta memastikan layanan terbaik untuk mereka. Itu adalah antara tugas guru kelas yang baik. Begitu juga dengan memastikan mereka sentiasa bermotivasi untuk terus belajar dan mendapatkan seberapa banyak ilmu di sekolah khususnya.

Nampaknya macam senang, tapi tidak semudah yang disangkakan. Lagi-lagi, menjaga remaja-remaja yang berbeza bangsa, agama, dan adat budaya. Lain perasaannya....

Sebelum ini, saya pernah bertugas di Sungai Koyan, Kuala Lipis... Di sana, jaga anak-anak orang asli! Kemudian, dihantar pula ke Pakan, Sarikei, Sarawak... Jaga pula anak-anak Iban.... Selang 2 tahun, dihantar pula ke Telok Panglima Garang, Kuala Langat... jaga anak-anak Cina pulak... ada laa 2 orang anak-anak India dan 5 orang anak-anak melayu... Jadi, ini bukan pengalaman kali pertama hidup dan jadi bapak kepada anak-anak bangsa Malaysia.


Saya seronok dengan pengalaman yang berbeza ini, kerana inilah yang akan menjadikan saya memahami permasalahan dalam perbezaan lokaliti. Sekaligus, mendorong saya untuk memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik. Ada beberapa pengajaran yang saya rasa, penting untuk dikongsi bersama apabila menjadi guru yang baik.

  1. Bekerja bersama-sama pelajar dalam menyelesaikan masalah mereka, baik secara individu, mahupun secara berkelompok.
  2. Membuat pelajar merasa kasih kepada kita (guru) bukan bermakna mengikut kehendak mereka (untuk popular). Ingat sentiasa bahawa guru adalah pendidik; mengembangkan kualiti yang baik, dan mencegah sifat negatif daripada berkembang, walaupun sikap negatif itu lebih popular. Maknanya, bersedia untuk dibenci.
  3. Jadi mereka (be like them) dengan erti kata, 'muda'kan persembahan diri guru. Tidak akan luak ilmu atau kredibiliti guru dengan menjadi 'muda', bahkan akan lebih mendapat kepercayaan pelajar
  4. Sentiasa punya ilmu pengetahuan semasa yang matang, dan mampu menterjemahkan ilmu tersebut dengan bahasa yang lucu dan sempoi. yang ini, biasanya, guru berusia jarang mampu lakukan.
  5. Make them understand your basic rule. Beri mereka penjelasan peraturan asas anda. Contohnya, saya dari awal lagi menyatakan betapa pantang nenek moyang saya orang berbohong! dan mereka mengetahui akibat yang akan mereka terima sekiranya mereka berbohong. Yang susahnya, mesti konsisten dengan peraturan itu. Kalau tidak, ia akan memakan diri semula.
  6. Be flexible dalam PnP. Maksudnya, tidak terlalu terikat dengan Rancangan Pengajaran dan Bahan-bahan bantu mengajar. Pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar adalah yang terbaik. Tapi, makan banyak masa. Terpulang lah.. Flexible kan diri...
  7. be happy, and be rasional... Pelajar suka gurunya yang sentiasa senyum dan sentiasa rasional. Terasa jadi macam James bond pun boleh. Sentiasa cool jer...
  8. dan lain-lain lagi.... (nanti tambah lagi)

2 ulasan:

Muhammad Zahirulzahar berkata...

sy setuju dgn cadangan cikgu...
teruskan usaha cikgu utk memimpin generasi muda di masa akn dtg...
kami berbangga mempunyai seorg guru seperti cukgu...

fazrul berkata...

usaha murni cikgu itu perlu diteruskan....semoga cikgu dapat memimpin anak2 murid cikgu....hehehehehe....