Isnin, September 15, 2008

Salam Ramadhan

Hari ni genap sudah setengah bulan orang Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah Ramadhan, tahun 1429 H. BErmakna, lagi 15 hari sahaja untk kita semua menikmati dan mengejar keberkatan RAmadhan yang sangat bernilai, dan tidak mungkin ada pada bulan-bulan yang lain. Cabaran pada bulan ini begitu berharga, kerana pada bulan ini, segala amalan sunat diibaratkan wajib, dan amalan wajib diangkat lagi 70 kali ganda ganjaran. Dan lagi, terdapat malam yang melebihi 100 bulan, dikenali dengan lailatul-Qadr.

DAlam ayat dalil yang menyuruh kita berpuasa, ' wahai orang beriman, berpuasalah kamu sebagaimana yang diturunkan kepada orang yang terdahulu. MOGA-MOGA kamu akan beroleh taqwa' Ayat ini seringkali diulang-ulang baca oleh penceramah2, ustaz2, untuk mengingatkan kita untuk berpuasa. Yang penting dalam ayat di atas, adalah yang hujung tuu... Perkataan atau terma 'MOGA-MOGA' membawa implikasi yang berbentuk ujian daripada Allah taala kepada kita semua, hambaNya.

Sejauh mana puasa kita mendapat ganjaran Taqwa? Ulamak memecahkan puasa ini kepada 3 jenis. 1)puasa umum, 2)Puasa Khusus, 3)Puasa Khusus Al-Khusus.

Puasa umum - kategori puasa kanak-kanak. Maknanya, sekadar menahan dari makan dan minum. DAh... tu jer.. ni ramai sangat umat sekarang amalkan. bukansahaja budak-budak sekolah, mak-bapak budak pun ramai macam ni.. Puasa ok. Tapi, solat tinggal, amalan harian sama jer macam bulan2 lain. ibadah umum pun sama jer. Ibadah Sunnah pun, macam tak der penambahan pun... Macam kanak-kanak la.. (Tengok Upin dan Ipin).

Puasa Khusus - Kategori sekolah menengah. Kira macam higher level la ni.. Lain ustaz, lain pulak penerangannya. tapi, pokoknya, dalam kategori ni, amalan sunnah bertambah... amalan wajib tak payah cerita la.. memang tak der masalah... untuk katergori ni, bukan sahaja perut berpuasa (tahan daripada makan dan minum), semua anggota juga berpuasa... mata, kaki, telinga, tangan, dan lain-lain... Nampak perbezaan yang ketara dalam amalan harian. Menjadi dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik. ADa ulamak menyatakan bahawa ni yang sepatutnya pada semua Muslim.

Puasa Khusus Al-Khusu - Puasa tahap ijazah PHD. Kira macam the most highest level of all.. sesetengah ulamak manyatakan bahawa golongan puasa ini adalah puasa para nabi, sahabat dan tabi'in.Kira macam tak tercapai akal kita la.. susah jugak ni... taraf tertinggi, kita, manusia kebanyakkan ni.. kene kerja extra-extra-extra hard untuk sampai tahap ni.. Ada ulamak pula kata, boleh sebenarnya.. atas level dan kapasiti seorang yang bertaubat nasuha...

................................................................................

KEsimpulannya, untuk mendapat Taqwa Allah, amalan puasa haruslah diiringi dengan kerja keras untuk tarbiyah diri dengan kebijaksanaan dan kesungguhan serta ikhlas kepada Allah sebagai hambaNya. MOGA-MOGA, kita semua mendapat taqwa Allah. InsyaAllah..

Selamat menambah amalan RAmadhan...

Tiada ulasan: