Khamis, September 11, 2008

Pembestarian Sekolah

Tanggal 10/9/2008, SMKTPG – Mesyuarat gerak kerja pembestarian sekolah diadakan bagi memenuhi hasrat ke arah sekolah bestari. Cikgu Ruzi (mohdruzi.blogspot.com), selaku setiausaha jawatankuasa ini telah memberi ulasan tentang projek ini. Diringkaskan, terdapat beberapa aktiviti dan projek yang perlu dilaksanakan seperti:

1. Penyediaan blog bagi setiap panitia untuk di ‘link’ kan pada web sekolah. Contoh yang diberikan adalah seperti SMKTelok Datok, Banting yang telah mempunyai blog sekolah dan segala blog berkenaan sekolah tersebut.

2. Kursus dalaman harus diadakan bagi meningkatkan tahap kualiti pengetahuan cikgu-cikgu tentang penjagaan (maintainance) dan kepenggunaan (application) TMK dalam PnP di sekolah. Kursus yang dicadangkan adalah:

a. Penyediaan Blog (Web Log)

b. Video editing, untuk diintegrasikan dalam persembahan Power point.

c. Penyediaan ‘Teaching Courseware’

..........................................................................................................................................................................

Selain itu, cadangan-cadangan ini juga SAYA rasakan, harus dipanjangkan kepada pihak pentadbir memandangkan internet juga adalah satu medium yang sangat penting dalam melestarikan sistem bestari di sekolah. Maka, pelan jangka panjang haru diukur dan rencanakan untuk tujuan itu. Antaranya:

  1. Menyediakan pelan untuk memberi akses WiFi ‘wireless internet’ , ke seluruh kawasan sekolah. Ini boleh dilakukan secara berperingkat berdasarkan pada bajet yang ada dan kepentingan.
  2. Menyediakan dan memberi ruang yang lebih luas dari yang ada sekarang kepada pelajar dalam menggunakan kemudahan printer, scanner, dan copier di Pusat sumber sekolah untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah.
  3. Menyediakan ruang bilik multimedia yang khusus untuk tujuan tayangan atau pembentangan sesuatu projek seperti bilik kuliyah di universiti-universiti. Keadaan bilik pula haruslah ‘kondusif’ dan bersifat ekslusif.
  4. Menggalakkan guru dan pelajar untuk mempunyai laman blog peribadi, serta alamat e-mail sendiri untuk tujuan mengenali dan mendekati jiwa para pelajar, dan seterusnya berkongsi pengalaman kehidupan.
  5. Menjadikan blog guru atau blog panitia sebagai ruangan untuk memberikan kerja rumah kepada pelajar di sekolah, seterusnya menggalakkan pelajar menggunakan internet dengan berguna dan bijaksana. Setakat hari ini, hanya 3-4 orang sahaja yang ada daripada 130 orang guru. (3/130 = fail)
  6. Menggalakkan pelajar membawa dan menggunakan ‘lap top’ peribadi, untuk menulis dan mencatat nota, melakukan kerja rumah serta mencari bahan pembelajaran secara online.
  7. Memperbanyakkan plug point di kawasan kawasan sekolah yang terpilih untuk menggalakkan pelajar dan guru menggunakan komputer peribadi atau lap top.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Fikrah Imayu –

  1. Memangla nampak macam tak praktikal nak buat semua ni... sekolah berasrama penuh (SBP) pun tak macam ni... Sebab itu, rancangan jangka panjang perlu diletak dan disusun. Kita berjalan kena ke depan...baru maju... Kalau tak bergerak, memang la tak maju-maju! (Kata nak jadi power macam SBP). Dalam kes kita ni, rasanya kena berlari!
  2. Banyak perkara sisipan perlu diselesaikan dan diteliti terlebih dahulu. Kalau perkara-perkara ini tidak jelas, susah juga nak bergerak. Antaranya adalah:
    1. tahap pengetahuan cikgu
    2. tahap keselamatan dalam kawasan sekolah, dan
    3. tahap keterbukaan dalam penggunaan TMK, terutamanya internet.
  3. Terdapat juga perkara yang bukan dalam bidang kuasa pengetua, sebagai ketua pentadbir sekolah. Kalau difikirkan rasional dan penting, panjang-panjangkan lah kepada yang lebih di atas!
  4. .... And.... tulis (cakap) memang mudah dan boleh nampak ideal... cuba buat, tengok! – nobody says it easy. Tak da sapa cakap mudah... nak berjaya, memang la keja kerja keras. NI Plan jangka panjang ni... paling kurang 5 tahun!
  5. Apa Yang Penting? Kerjasama.... (Wonder Pets)

1 ulasan:

Khai2020 berkata...

Bagus Bagus.........