Ahad, September 21, 2008

Mencari ilham penulisan

Dalam beberapa hari ini, susah pula nak fokus dan mencari tajuk yang sesuai untuk posting kali ini. Berkali-kali menghadap ke muka skrin komputer, dengan harapan mendapat ilham yang menarik dan sesuai untuk ditulis. Pada masa yang sama, saya juga memberi komitmen dalam persadapepias.blogspot yang mana saya adalah penulis jemputan di sana. Walaupun sebagai penulis jemputan, tugasnya tetap sama. Malah lebih berat kerana harapan tuan rumah (blog) yang tinggi kepada jemputannya.

Maka, saya melayari segala blog dan web yang ada dalam dunia cyber itu yang jumlahnya arakian banyaknya. Yes, memang ada terjumpa serba sedikit tajuk yang mungkin sesuai untuk persadapepias, dan mungkin juga sesuai untuk imayu05... tapi, masih tidak mencukupi... Masih tidak memuaskan hati saya. Seperti ada sesuatu batasan yang menjadi sempadan gaya penulisan saya. Mujurlah, setiap hari sememangnya saya akan melayari internet untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan semasa.

Kaedah paling mudah untuk masukkan entry, adalah dengan copy (salin) daripada mana-mana artikel yang menarik, dan paste (tampal) pada blog kita, dengan syarat meletakkan sumber artikel tersebut sebagai pemilik artikel. Itu adalah etika dalam penulisan jurnal dan kewartawanan dan juga mana-mana bidang keilmuan. Kalau tak, dipanggil plagiat. Masalahnya, kalau dijadikan tabiat, bimbang nanti akan kehilangan daya kreativiti menulis sendiri. Sekali-sekala, ok la... sebagai artikel jemputan.

Entry tidak semestinya bersifat artikel, memadai dengan sekeping gambar, audio, atau video yang juga tidak kurang hebat tarikannya. Yang ini, memerlukan bandwith yang agak tinggi dan itu adalah yang saya tidak ada. (di kawasan sekolah, kena berkongsi line yang sama. Jadi, traffik jadi sibuk). Saya ada koleksi video yang menarik, tapi tidak pula mampu untuk diupload. Jadi, kaedah ini tidak boleh digunakan. Kapush...

Satu hari, bila balik dari satu program yang memenatkan, (Kem Remaja Raikan Ramadhan, SUrau RAudhatul Muttaqin) saya online komputer, akhirnya, saya sedar satu perkara penting dalam blogging. Hey! apa asas kepada blogging? Kenapa wujudnya blog ini? DAn atas pemahaman kepada persoalan asas itu, maka, saya meneruskan sahaja agenda penting itu.

Dalam tidak sedar, saya sudah menulis lebih daripada 5 perenggan. Dan ini adalah cara saya mencari dan mencatit ilham dalam penulisan.

1 ulasan:

Mohammad Yassir Hamidun berkata...

Saya pun pernah 'blur' nak tulis ape.

Tapi 'back to basic' yang macam abg cakap, blog bagi saya ialah online sharing with our own personal experience which is unique!!Itu yang menjadikan blog itu menarik berbanding majalah ilmiah yang hanya mempamerkan artikel bersifat cernaan minda sahaja.

Lagi satu,blog ini bagi saya untuk kita memberi pendapat dan usrah secara online.Sebab itu,saya galakkan kita sama-sama warga blog kalau ada pape nak komen letak je.Berkongsi pendapat akan meluaskan lagi pandangan kita mengenai sesuatu topik.Pengalaman kita yang disatukan dengan pengalaman orang lain menjadikan blog 'hidup' dan kaya dengan interaksi.

Sekali lagi, sekadar sebuah pandangan dan perkongsian.Huhu.