Selasa, September 02, 2008

susahnya jadi cikgu



Satu masalah besar yang dihadapi guru sekolah adalah mengawal disiplin pelajar. DAn, masalah yang paling biasa, (sampai cikgu dah bosan dan lemau) adalah masalah ponteng sekolah, dan datang lambat ke sekolah.

Sekolah yang bersebelahan jalan besar adalah yang paling mudah untuk mengajak dan memanggil golongan ini untuk melakukannya. Ditambah pula, deretan kedai dan restoran di seberang jalan yang menawarkan perkihidmatan yang baik seperti restoran mamak, dan kafe cyber. Kawasan perumahan dibalik kedai juga menjadi perhatian. Sebenarnya, mana-mana tempat pun boleh, asalkan tidak ke sekolah. Kalau lambat, alang-alang lambat, biar lambat terus... atau pun, alang-alang lambat, tak payah datang terus.

Mereka ini takut juga kepada guru yang bertugas. LAgi-lagi yang membawa kamera bersama. Bimbang muka mereka ditangkap agaknya. Guru pula boleh membawa bukti tersebut kepada pihak atasan sekolah. Cuma, tidak semua guru yang bersetuju dengan kaedah ini, kerana pernah pada suatu ketika dulu, satu kejadian tidak diingini telah berlaku.

Sekumpulan pelajar ini melarikan diri (1000 langkah) apabila melihat cikgu datang dengan kamera, dan tanpa mempedulikan kenderaan yang lalu-lalang, dikisahkan ada yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Maka, tidaklah dilakukan kaedah ini selepas itu.

Saya, lakukan juga... sekadar untuk menunjukkan bahawa cikgu ada bukti bahawa mereka melakukan kesalahan ini, dan cikgu mengambil tindakan. Dan tindakan ini berbentuk amaran. Seminggu selepas itu, hukuman dapat dijalankan.

1 ulasan:

fazrul berkata...

susah sangat ke jadi cikgu ni....nampak senang jer!!!!