Isnin, September 22, 2008

Dasar bahasa Inggeris dalam Matematik

Di sini adalah kenyataan penuh Kumpulan Prihatin dan Persatuan Linguistik Malaysia mengenai :
Menolak usaha meneruskan perlaksanaan dasar PPSMI di peringkat sekolah hingga IPT pada 12 September 2008 yang lalu.

Sebenarnya, memang jelas fakta yang dikeluarkan dalam kenyataan ini. Saya, sebagai cikgu MAtematik, bersetuju sekali dengan fakta yang dinyatakan ini. Kesian rasanya mengajar anak-anak muda ini - lebih banyak tak faham daripada fahamnya... Tu pakai bahasa Melayu. Belum Bahasa Inggeris lagi...

Kelas yang depan, macam 5Sc1, atau 5Sc2, ok lagi... diorang ni, ajar pakai bahasa German pun, rasanya takder masalah. TEringat masa kursus latihan perguruan di Maktab dulu, Pensyarah kami, Dr Lam Kah Key menunjukkan satu eksperimen bagaimana sekumpulan pelajar yang tidak pernah belajar bahasa Jepun, mampu mempelajari subjek Matematik dengan baik walaupun diajar dalam bahasa Jepun. Syaratnya, cikgu itu menggunakan banyak multimedia seperti Video dan gerak badan yang menarik. LAgipun, simbol matematik adalah sama (common symbol) di serata dunia. Budaknya pun kelas atas.

Sudah tentu berbeza dengan kumpulan pelajar sederhana dan lemah. Menggunakan bahasa ibunda mereka pun, belum tentu lagi mereka faham. Tahu pun tidak, agaknya... Akhirnya, bukan sahaja gagal menguasai Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu semakin hilang penggunaannya, Sains dan Matematik pula semakin ketinggalan jauh kebelakang.

INGAT, tak ada siapa yang menolak kepentingan Bahasa Inggeris. Cuma, apa lah kena mengena Matematik dalam bahasa Inggeris pulak? Sakit kaki, balut tangannya. Mana nak sihat? Kesian negaraku ini.... kesian generasi ku ini... kesian....

Untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan, buatlah kursus khusus di IPT sebelum bergraduan. Bukannya menyusahkan kaedah untuk mendapat ilmu Matematik itu sendiri. Berikut adalah cadangan saya untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris para graduan:

1) ADakan kursus B-Inggeris di IPT. Mantapkan lagi kursus sedia ada. MAcam di UIAM, kami kena melepasi ujian EPT English Placement Test (Reading-writing-Speaking-Listening) selama 3 bulan ke 6 bulan. Tak lepas ni, tak boleh ambil subjek Core. hasilnya, saya yang bengap B.Inggeris di sekolah, Alhamdulillah, kira ok la jugak speaking selepas itu. (Actually, far better than before. Compare to my colleage at other IPT) - ini secara langsung, tidak mengganggu kemahiran matematik, dan sains saya di sekolah dulu-dulu. JAdi, di IPT, ambil masa sedikit sahaja untuk tukar medium of language masa belajar Engineering in english.

2) Menambah waktu pembelajaran B.Inggeris di sekolah. Subjek teras dikurangkan, dan secara langsung, dapat memberi fokus kepada mana-mana kemahiran yang mana kerajaan perlukan. Ini boleh dilakukan secara berkala. Contohnya, macam 5 tahun punya batch, ada kemahiran Matematik, BM, BI, Agama, Sains. 5 tahun seterusnya punya batch, batch yang ada kemahiran Matematik, BM, BI, Sejarah, Agama. Macam tu laa.... Agak EKSTRIM juga cadangan ini. Tapi, kan lebih berfokus. Nanti, kat habis sekoalh menengah, masuk Universiti, pandai la diorang pilih kursus yang sesuai dengan minat diorang.


Ini sahaja cadangan brains storm untuk kali ini... nanti tambah lagi... pointnya, masyarakat kena sedar, apa kemahiran teras yang harus ada... Paling penting, mesti FOKUS!!!!! sekarang? tadak fokus!!!

1 ulasan:

Mohammad Yassir Hamidun berkata...

Memang berbeza pelajar yang dianugerahkan Allah ekcerdikan dengan yang biasa2 dan lemah tue.

Hampir dah dekat 3 bulan saya berpraktikal di sekolah ni memang nampak bezanya.Memang kesian kalau kita nak ajar bende yang diorng tak leh nak fhm,menyeksakan minda diorng je.Barangkali sbb tu bebudak belakang ni tak minat sgt dtg sekolah.Cikgu ajar tak faham,pastu feshen tak mahu tanya plak or cikgu tak mesra dan prihatin pelajar.

Sepatutnya policy maker tu tgk ape jadi kat bebudak ni secara live dari tgk laporan2.Baru ada terkesan di hati,but as usual, mana nak cari policy maker yang camtu sekarang.

Idealistik dan teori yang tidak mampu utk disesuaikan dengan alam sebenar menyebabkan anak didik kita menjadi mangsa.

Sekadar sebuah pandangan.