Khamis, September 25, 2008

5S - adab dalam surau / masjid

Bila masuk ke dalam rumah ibadah, adab-adab harus dijaga demi menghormati rumah Allah, dan juga untuk menunjukkan disiplin sebagai warga Muslim yang Mukmin. Dalam melihat karenah masyarakat, selalu juga saya berfikir bagaimana hendak mendidik masyarakat untuk menghormati masjid dengan kaedah yang mudah diingati. Bukankah masjid harus dijadikan pusat kemasyarakatan dan pendidikan yang asasi kepada umat Islam? Jadi, kepentingannya harus dimulakan dengan disiplin yang terurus. Bukan diuruskan oleh tok siak, atau AJK masjid, tetapi dari dalam diri masing-masing.

Sebenarnya, banyak adab-adab berdasarkan hadis dan pesanan ulamak terdahulu mengenai hal ini. Boleh digoogle sahaja, dan bermacam-macam artikel berkenaannya.
Contohnya :
1) cybermosque
2) adab
3) irwanirah
4) iluvIslam forum

dan lain-lain lagi.

Cuma, saya merasakan adalah perlu untuk saya menfokuskan kepada 5 perkara dalam memastikan kesatuan fikrah (pemikiran) dan kesatuan Qalb(Hati) dalam masyarakat terus berkekalan, dan dipupuk dari kecil. Saya rangkumkan ia dalam 5S. Senang sebut, senang ulas. PAda pendapat saya, ini adalah perkara remeh dan kelihatan kecil sekali berbanding ulasan dalam artikel lain seperti di atas, namun sangat berkesan dalam mendidik hati untuk meneruskan persaudaraan Islam dengan lebih baik.

1) Senyum - Senangkan hati, ikhlaskan hati dengan pergi ke masjid dengan wajah yang ceria. Lemparkan senyuman kepada yang ada. (jangan la pulak senyum sorang2). Maknanya, hati yang suci, akan terpapar pada wajah yang ceria. Kalau dalam keadaan marah sekalipun, buat-buatlah senyum. Sekurang-kurangnya, menahan dari kemarahan adalah jihad yang paling besar. Semua perkara boleh dididik, termasuklah hati dan wajah kita. Mula-mula, memang susah, lagi-lagi apabila berjumpa dengan si polan-si polan yang menyakitkan hati.

2) Salam - Aksi bersalam; bagaimana ya? nabi ajar, dua tangan salam- mata bertentang mata- lemparkan senyuman. MAcam mana? ada buat? Kalau lagi baik, siap peluk kiri dan kanan saudara kita. Itu lagi tak ramai yang buat. Sekali lagi, ini perkara penting dalam memupuk persaudaraan, tapi, segannya nak buat. Ye laa. orang lain tak buat... Boleh dilakukan apabila berselisihan dengan sesiapa yang dijumpai; atau masa duduk dalam saf; atau semasa berdiri dalam saf selepas bilal iqamah; atau semasa akhir solat, selesai berdoa. Dari psikologinya, kesan apabila kulit bersentuhan kulit adalah sangat dalam; terus ke dalam hati.

3) Selawat - Banyakkan selawat ke atas nabi; ketika bersalam, ketika masuk masjid, ketika berdoa sudah tentu- kenapa berselawat? bukti bahawa kita sentiasa mengingati Baginda Rasulullah S.A.W. Selain itu, doa-doa penting, jangan dilupakan; Doa selepas wudhu', doa masuk masjid yang ramai buat tak tahu jer, walaupun kebanyakkan pintu masjid, diletakkan doa masuk masjid. Niat Iktikaf pun ada. Budak-budak, kalau tak ajar atau diingatkan, buat tak tau jer...
doa masuk masjid youtube

4) Solat Sunat - YAng ini, kena tahu kaedah dia betul-betul. SEcara umumnya, banyak solat sunat dalam masjid. YAng saya nak ceritakan dan fokuskan adalah solat sunat Tahiyat Masjid. Maksudnya, asalkan masuk masjid jer, solat dulu 2 rakaat, secara sendirian. Tenang... Jangan laju-laju; risau rasanya tengok ada juga yang apabila solat sunat ni, lajunya 120km/j, berbeza pulak bila solat fardhu; rilek jer... Kenapa boleh jadi lain pulak speednya? aih... pelik betul la umat sekarang ni.

5) SAff - Bila bilal dah iqamah, bila waktu kena bangun untuk pergi ke Saff- ni kena tanya balik ustaz2. Kalau tak silap, masa bilal seru - Qadqa Matissolah -(check balik).. ramai juga yang tak tau ni, kan... atau buat2 tak tau... Bila dalam saff, imam kata, betul kan saff.. rapatkan saff... maksudnya, tumit belakang kaki hendaklah betul selari, antara satu jemaah dengan jemaah lain; bukan depan kaki. Yang kedua, rapatkan kawan kiri dan kanan- kalau cantik, bahu membahu. kalau tak mampu, kaki bertemu kaki. Kalau tak rapat, Syaitan akan masuk rapat.

>>>>>>>>>>>>>>>...

Itu apa yang saya nampak dalam masyarakat kita, dalam surau tempat saya sendiri. 5 perkara ini, masih belum settle. Soal, cakap dalam surau, membuat bising, perebutan kuasa dalam organisasi.. haa.. itu cerita lain... Pokoknya, apa peranan yang boleh kita mainkan untuk terus menjadikan Surau / masjid tempat indah dan tenang, dan tempat penyatuan masyarakat Islam! TEruskan mengimarahkan masjid tempat masing-masing. Insya Allah, semoga dengan sedikit peranan kita, akan mendapat redha dan ganjaran semuanya dari Allah taala.

Tiada ulasan: