Selasa, September 16, 2008

Perubahan

Berubah daripada buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik... Ini sesuatu yang tidak pernah terlewat. Ramai orang yang mahu berada di dalam kelompok keselesaan dan tidak mahu berubah, adalah kerana merasakan sudah berada dalam keadaan yang baik. Kenapa jadi begini? kemungkinannya:-

1)Mungkin mereka sudah merasa tidak perlu lagi peningkatan. Sekarang ni pun sudah boleh survive. Mereka lupa bahawa survive adalah tidak mencukupi. YAng penting, adalah kehidupan (live) - (tengok wayang kartun Wall-E)

2)Mungkin juga mereka merasakan susah untuk berubah dan melakukan peningkatan itu. Mereka akan berhadapan dengan segala kemungkinan. Silap-silap, perubahan itu akan menjadikan keadaan mereka lebih teruk. Ini suatu risiko yang amat merbahaya dan tidak sanggup dilepaskan. Harganya terlalu tinggi - Kalau begini kisahnya, mereka lupa bahawa manusia memang harus berhadapan dengan risiko sehari-hari dengan membuat keputusan dalam kehidupan harian. Ini adalah rutin hari-hari. Tambahan pula, bukan kah khalifah yang dilantik Allah taala dan memerlukan kita mentadbir dengan bijaksana dan mengambil keputusan dalam hidup? Malah dari dalam rahim ibu pun kita telah bersaing untuk menjadi yang terbaik. Dah besar panjang macam ni, dah lupakan semua tu.

3)Mungkin mereka merasakan ada masa lagi - yang ini, kategori yang sedar tentang perubahan yang dimaksudkan, tetapi tidak pula meletakkannya dalam senarai kepentingan yang tertinggi. Penting? "penting.... tapi nombor 18. Eh tak...nombor 80.. Ada perkara lain yang belum selesai" kata mereka ini... Dengan kata lain, kita tangguhkan dulu proses perubahan yang ada, sehingga ke tarikh yang belum pasti... "tengok dulu lah, ye" kata mereka ini lagi. Kadang-kadang, kalau berdepan dengan keadaan ini, entah apa yang hendak ditengok-tengokkan... RAsanya, ini akan menjadi alasan manis-manis mulut sahaja.

4) Mengharapkan orang lain yang berubah dulu – Kategori ini, mungkin menyokong ketegori yang di atas tadi. Kan lebih mudah melihat testimoni atau resume orang lain, baru percaya. Kepercayaan untuk melakukan sesuatu yang baru memerlukan bukti kukuh yang boleh dilihat, dirasa, dipegang, dibau, dibuat dan lain-lain lagi untuk mendapatkan keyakinan. Mungkin ada benarnya juga... mungkin juga tidak... Eleh... ni pun kata-kata orang yang tidak punya keyakinan. Biasanya, kalau dah tengok pun, dan terbukti pun testimoni orang lain, alasan lain adalah kita tengok orang lain pulak. “Dia boleh lah... dia tu... bla...bla...bla....”Ini mungkin kita akan dengar.

Kata Dr Tuah Iskandar... soalnya Nak Ke Tak Nak?

Tepuk dada, tanya Ilmu, Iman dan TaqwA. yANG ni, saya kata.

Tiada ulasan: