Khamis, Februari 26, 2009

berani

NEGARA memang memerlukan pemuda yang berani untuk mempertahankan maruah agama, nusa dan bangsanya. Tanpa keberanian sesuatu bangsa itu akan dilanyak dan dipersendakan sepanjang masa. Bangsa itu akan diinjak-injak. Pemuda yang berani juga adalah pahlawan negara. Mereka juga menjadi benteng kepada kesejahtraan negara.

Tetapi keberanian itu bukan keberanian bodoh, gedebe atau samseng, sebaliknya keberanian bertatasusila dan bertamadun serta bijaksana.

Keberanian beradat dan keberanian yang memiliki akal budi yang luhur nan terpuji. Keberanian yang berpijak di bumi nyata dan rasional.

Singa dan harimau di dalam rimba juga berani. Tetapi keberanian itu tidak boleh diiktiraf kerana ia menceroboh hak asasi orang lain. Berani mereka tidak berhati perut dan berani tidak disulami dengan ilmu-ilmu kemanusiaan dan lain-lainnya.

Perompak, lanun dan kaki pukul juga berani. Tetapi keberanian itu tidak ada moral. Mereka berani kerana diupah dan diberi baksis sesen dua. Keberanian mereka bertongkatkan kepada perut. Mereka menggunakan keberanian untuk mengisi perut dan bukan menjaga agama, bangsa dan negara. Keberanian begitu bukan sejati. Keberanian kumpulan itu yang boleh membawa ketidakamanan kepada negara dan huru hara kaum. Ada kalanya keberanian itu membelakangkan undang-undang dan lebih bersifat bersultan di mata beraja di hati.

Petikan hari ini...
(http://msomelayu.blogspot.com/)
(Mohd Sayuti Omar)





Tiada ulasan: