Jumaat, Februari 27, 2009

Sukan olahraga 2009



1) 21hb Februari 2009 (Ahad)- padang SMK Telok Panglima Garang; medan utama kejohanan Olahraga tahunan 2009 sekolah. Dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, seperti yang telah diduga, rumah kuning sekali lagi muncul sebagai juara keseluruhan dengan pungutan pingat emas terbanyak berbanding rumah sukan yang lain. Tahniah diucapkan kepada atlit dan guru-guru yang bertungkus-lumus untuk ini. Yang tak bertungkus-lumus, dan tumpang nama... ok lah... tahniah juga untuk kalian...

2) Rumah sukan Hijau; ada peningkatan yang serius secara keseluruhan. Daripada tempat tercorot pada tahun-tahun lepas, meningkat kepada tempat ketiga dari perbezaan pingat emas. Kurang hanya 2 pingat emas berbanding rumah sukan yang dinobatkan tempat kedua. Namun, dari segi pungutan pingat keseluruhan, rumah sukan Hijau berada jauh dihadapan rumah sukan tersebut. Seribu kalung Tahniah diucapkan kepada atlit dan guru-guru yang bertungkus-lumus untuk rumah yang berjaya mendapat tempat kedua, ketiga mahupun yang keempat. Yang tak bertungkus-lumus, dan tumpang nama... ok lah... tahniah juga untuk kalian.... untuk sekian kalinya...

3) Secara objektifnya, sudah tercapai! Peningkatan adalah yang diharapkan daripada pelajar, atlit-atlit, dan guru-guru; walaupun masih dalam kategori program saat akhir. Komitmen dan kesungguhan ditagih bersama; katanya. Penganjur, pengurus dan hakim kejohanan tidak lepas juga dari kontroversi yang panas-panas. Sudah menjadi suatu kayu ukur yang wajib ada; tanpa kontroversi, tiadalah kenangan yang indah! panasnya hanya seketika; manisnya berpanjangan... ok lah... Manis hanya untuk yang berjiwa besar dan profesional sahaja....

4) Acara tarik tali; acara heavy weight yang sentiasa menjadi perhatian seluruh umat manusia di SMKTPG... (ok lah... hanya untuk yang datang sahaja...) telah menjadi tarikan terakhir dan menyimpan kelucuan yang tersendiri... Yang datang; yang tarik; yang marah-marah; yang pekik-pekik; yang teriak-teriak sokong; yang bakar-bakar kasi panas; yang pening-pening kepala; yang lontar-lontar; yang sedih-sedih; dan yang peluk-peluk sahaja yang merasai kenikmatan dan kemeriahan acara ini. Nak jumpa lagi macam ni, mungkin kena tunggu lagi 25 tahun...

5) Akhirnya, menang dan kalah hanya suatu subjektif untuk pemberian hadiah. Perjalanan ini akan diteruskan lagi dengan acara-acara lain di sekolah yang penuh warna-warni ini untuk membantu kurikulum pelajar menjadi insan yang berjiwa besar; yang punya semangat pejuang; yang punya semangat setia kawan; yang seimbang dan harmonis untuk agama, masyarakat dan negara. Ingat pada falsafah ini; InsyaAllah, segala kenangan dan penat-lelah ini akan menjadi suatu ibadah; buat bekalan kita di Sana nanti.

salam tahniah;
kita bertarung lagi tahun depan.




1 ulasan:

teachuhman berkata...

I like your coverage of the sports day. The pictures are wonderful and really paints a beautiful picture of the event.
The students and teachers all look happy and the sports day although organised in a moderate way but look very grand through the pictures.
The camera always gives a different view of things.
Keep up the good work.
One more thing, "JANGAN HARAPLAH NAK PUKUL KUNING, SEPULUH TAHUN PUN BELUM TENTU"